Advertisement

Latest News

Fitnah: Nurul Izzah fail saman terhadap Utusan Malaysia

By Mr Cronix - Ahad, 25 November 2012

Hariankini.com - Nurul Izzah kelmarin telah pun memfailkan saman fitnah terhadap akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia selepas dilaporkan telah memutar belit satu ucapannya berkaitan kebebasan agama di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya baru-baru ini.

Izzah yang juga Naib Presiden PKR mendakwa, empat artikel yang mengandungi perkataan fitnah terhadapnya diterbitkan oleh Utusan pada 6 November dan 7 November lalu, lapor Malaysiakini.

Sehubungan itu, beliau yang diwakili peguam Mohd Hanifa Maidin yang juga AJK PAS Pusat memohon perintah supaya kedua-dua defendan mengemukakan minta maaf dan menarik balik tuduhan fitnah ke atasnya yang hendaklah dibuat dalam masa 24 jam dari tarikh perintah tersebut.

Izzah turut menuntut gantirugi am, gantirugi teladan dan gantirugi melampau dan kos yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Fitnah: Nurul Izzah fail saman terhadap Utusan Malaysia"

Leave a Reply

Advertisement