Advertisement

Latest News

Jika tak mahu digelar simbol seks usah pakai seksi kak oi!

By Mr Cronix - Ahad, 25 November 2012

Kalau tak mahu orang gelar simbol seks, jangan la pakai seksi kak oi. Kalau dah sendat sana-sini, nampak lurah dendam ke apa ke, mana orang tidak terliur. Dalam masa yang sama, dah tentu dia orang akan gelar akak sebagai simbol seks.

Menurut portal Sinar Harian, aktres yang masih lagi tampak muda walaupun usianya menjangkau 40-an, Maria Farida merasa jengkel dan rimas dengan gelaran yang diberikan kepadanya sebagai 'simbol seks'.

“Saya rasa tidak adil saya dikatakan artis simbol seks hanya kerana saya berpakaian seksi. Saya harap orang tidak labelkan saya sebegitu hanya kerana imej saya. Sebaliknya, mereka sepatutnya menilai lakonan saya,” katanya kepada wartawan Sinar Harian.

Ini Malaysia, bukan Hollywood atau Bollywood. Budaya ketimuran kita masih utuh. Kalau dah terbonjol depan, terdedah sana-sini, sendat sana-sini, ada orang kita tak perlu tunggu bogel depan mata untuk merasa ghairah.

Kalau di barat ye la, kalau pakai seksi tu dikira biasalah sebab dia orang dah biasa tak pakai seurat benang pun di batang tubuh dia orang. Kadang-kadang dah macam ayam, lembu 'bersenggama' depan pengarah filem.

Tak kan nak tunggu camtu baru nak dikatakan simbol seks kot.

Menurut Sinar Harian lagi, Maria berkata, biarpun berpakaian seksi di luar, dia jarang berpakaian seksi di dalam drama dan filem lakonannya melainkan benar-benar perlu, tetapi ia tidak dilakukan secara keterlaluan.

Sekarang ini artis kita dah pandai meletak tahap mana seksi yang boleh mana seksi yang tak boleh.

Konon bila tidak keterlaluan, maka boleh la dilakukan. Oh..oh..oh, seksi keterlaluan tu macam mana, seksi tak keterlaluan tu macam mana ek?

Kalau dedah dada, pakai kain terbelah, pakai ketat, peluk sana sini, itu tak keterlaluan?

Nak tunggu berbogel depan kamera baru keterlaluan ke? Ya Allah, sungguh dahsyat

Maria berkata, dia sebenarnya tidaklah akur apabila dilabelkan sebagai artis simbol seks, namun, terpaksa menelan kerana bak kata pepatah, mulut tempayan boleh ditutup, tetapi tidak mulut manusia.

Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia tak boleh ditutup..Bagaimana pula aurat, bila nak tutup? Alangkah bagus tempayan lagi la sebab mulutnya boleh ditutup tapi aurat manusia susah nak ditutup.

Akibatnya, terima aje lah gelaran yang dilemparkan orang sebagai artis 'simbol seks' sebab kita sendiri mencari nahas. Bukan kak Maria aje la, buat semua artis yang tak mahu digelar 'simbol seks' tu, beringat lah!

--Hariankini.com

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Jika tak mahu digelar simbol seks usah pakai seksi kak oi!"

Leave a Reply

Advertisement