Advertisement

Latest News

Keputusan penuh EPL 25 November: QPR gagal sekat Man Utd

By Mr Cronix - Ahad, 25 November 2012

Darren Fletcher meraikan jaringannya ketika membantu pasukannya menang 3-1 ke atas QPR awal pagi tadi.
Pengurus baru Queens Park Rangers (QPR), Harry Redknapp yang mengambil alih jawatan itu semalam menyaksikan skuad yang bakal dikendalikannya tewas kepada Manchester United (MU) 1-3 walapun mendahului gergasi itu di awal babak kedua semalam.

Kemenangan itu meletakkan MU kembali di tangga teratas saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas 13 perlawanan setakat malam tadi (waktu Malaysia).

Manchester City yang akan menyempurnakan perlawanan ke-13 esok berada di belakang MU dengan 28 mata - beza dua mata.

QPR mengumumkan Redknapp sebagai pengurus barunya pagi semalam dan beliau menyaksikan kekalahan kesembilan kelab itu dari tempat duduk penonton.

Kehadiran beliau seolah-olah memberi semangat kepada QPR apabila menjaringkan gol tunggal pada minit ke-52.

MU yang agak terkejut dengan jaringan itu, tetapi berdasarkan pengalaman luas, menyumbat gol pertama menerusi Jonny Evans pada minit ke-64 dan disusuli jaringan Darren Fletcher (68) dan gol terakhir empat minit kemudian menerusi pemain simpanan Javier Hernandez.

QPR memecat Mark Hughes daripada jawatannya kelmarin ekoran prestasi kelab yang tidak memperoleh sebarang kemengan daripada 12 perlawanan pertama.

Sementara MU berada di tangga teratas dengan 30 mata, QPR pula berada di kedudukan paling bawah EPL musim ini dengan empat mata.

Berikut keputusan perlawanan EPL malam tadi dan awal pagi ini waktu Malaysia:

Sunderland 2 - 4 West Brom
Everton 1 - 1 Norwich
Man Utd 3 - 1 QPR
Stoke 1 - 0 Fulham
Wigan 3 - 2 Reading
Aston Villa 0 - 0 Arsenal

--Sinarharian.com

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Keputusan penuh EPL 25 November: QPR gagal sekat Man Utd"

Leave a Reply

Advertisement