Advertisement

Latest News

[VIDEO] Keputusan AFF Suzuki Cup: Thailand menang 2-1 ke atas Filipina

By KopiO - Ahad, 25 November 2012

Hariankini.com – Juara tiga kali Piala Suzuki AFF, Thailand berjaya mengutip tiga mata penuh selepas mengalahkan Filipina 2-1 sekaligus menghuni tangga teratas Kumpulan A dalam aksi Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Rajamangala, Bangkok, awal malam tadi.

Tonton video bawah artikel

Tuan rumah hanya mengambil masa dua minit untuk berada selesa di depan dengan jaringan 2-0 melalui jaringan Jakkapan Pornsai pada minit ke-38’ dan Kitpongsri Anucha pada minit ke-40’.

Separuh masa kedua bermula, Thailand tampak selesa di depan dengan kelebihan dua gol, namun Filipina mencuri tumpuan dengan menjarakkan kedudukan di minit ke-76’ menjadi 2-1 hasil jaringan pemain kelahiran Belanda, Paul Mulders.

Thailand yang menjadi tuan rumah bersama, berada di landasan tepat untuk merangkul kejuaraan keempat mereka selepas 10 tahun menunggu, berada di tangga teratas Kumpulan A dengan kutipan mata selepas Vietnam dan Myanmar sekadar mengutip masing-masing satu mata selepas seri 1-1 dalam perlawanan sebelum itu.

Perlawanan bagi kumpulan B akan bermula hari ini(Ahad) antara Indonesia vs Laos pada 6.00 petang dan Malaysia vs Singapura pada jam 8.45 malam. Kedua-dua perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

--Hariankini.com

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "[VIDEO] Keputusan AFF Suzuki Cup: Thailand menang 2-1 ke atas Filipina"

Leave a Reply

Advertisement