Advertisement

Latest News

Gaza: Ronaldo dilaporkan sumbang ‘kasut emas’, sokongan moral Messi dilaporkan palsu

By KopiO - Sabtu, 24 November 2012

Gambar sebenar Lionel Messi memegang t-shirt bukan tertera "FREE PALESTINE". Gambar kecil (kiri) telah diedit.
Hariankini.com – Pemain bola sepak Real Madrid, Cristiano Ronaldo dilaporkan telah menyumbang RM4.6 juta kepada kanak-kanak Palestin di Gaza melalui Yayasan Real Madrid.

Namun pihak yayasan berkenaan belum mengesahkan perkara itu termasuk Ronaldo sendiri dan sehingga kini berita itu belum dapat disahkan kesahihannya.

Walaubagaimanapun berita hangat itu telah pun disebarkan melalui pelbagai portal berita dan blog di internet.

Menurut laporan, wang itu diperolehi melalui hasil lelongan kasut emasnya yang diperolehi pada musim 2011.

Dalam perkembangan lain, pemain bola sepak kelab Barcelona, Lionel Messi dilaporkan bersama-sama penduduk dunia memberi sokongan moral terhadap penduduk Palestin di Gaza yang menerima serangan dari zionis Israel.

Laporan yang disertakan gambar Messi sedang memegang baju t-shirt yang tertera “FREE PALESTINE”, konon pemain Barca itu turut memberi sokongan moral kepada rakyat Palestin.

Namun satu akaun laman sosial dari luar negara yang banyak melaporkan berita dari Gaza telah pun menghebahkan perkara sebenar tentang gambar yang disebar itu.

Menurut laman berkenaan, gambar yang banyak disiarkan oleh penulis-penulis blog, Facebook itu sebenarnya adalah gambar palsu.

“Sila berhenti menyiar gambar Messi dengan t-shirt pro Palestin, ia adalah palsu,” tulis pemilik laman sosial berkenaan sambil menyiarkan gambar asal Messi yang memegang t-shirt yang bukan tertera “FREE PALESTINE” seperti yang dihebohkan Facebooker.

--Hariankini.com

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Gaza: Ronaldo dilaporkan sumbang ‘kasut emas’, sokongan moral Messi dilaporkan palsu"

Leave a Reply

Advertisement