Advertisement

Latest News

[TERKINI] Keputusan AFF Suzuki Cup: Vietnam vs Myanmar

By KopiO - Sabtu, 24 November 2012

Hariankini.com – Myanmar mempamerkan persembahan menarik dengan melakukan serangan pantas untuk mengikat kedudukan 1-1 dengan juara edisi 2008, Vietnam dalam perlawanan bola sepak peringkat kumpulan A yang bermula 5.30 petang tadi.

Perlawanan pertama kumpulan A itu berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok.

Vietnam terlebih dahulu menjaringkan gol melalui Le Tan Tai pada minit ke-34'. Kedudukan 1-0 kekal sehingga separuh masa pertama tamat.

Namun Myanmar berjaya mencuri satu mata apabila Kyi Lin menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-53', menjadikan kedudukan 1-1.

Satu lagi perlawanan peringkat kumpulan A hari ini antara tuan rumah, Thailand dengan Filipina di stadium yang sama jam 8.20 malam.

Tuan rumah dijangka tidak berdepan masalah untuk mencari tiga mata di awal permulaan kejohanan sebagai penyuntik semangat pemain-pemain mereka yang mahu mengambil kesempatan bermain di laman sendiri dalam kejohanan kali ini.

Thailand menjadi tuan rumah bersama dengan Malaysia yang menduduki kumpuan B yang akan memulakan perlawanan pertama pada Ahad (esok).

Malaysia akan berdepan dengan jiran dari selatan, Singapura dalam perlawanan pertama pada jam 8.45 malam sementara Indonesia bertemu Laos pada jam 6.00 petang. Kedua-dua perlawanan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

--Hariankini.com

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "[TERKINI] Keputusan AFF Suzuki Cup: Vietnam vs Myanmar"

Leave a Reply

Advertisement