Advertisement

Latest News

Pengganas Sulu dibawa berunding selama 23 hari, Tian Chua diusir keluar

By KopiO - Isnin, 8 April 2013

Naib presiden PKR Tian Chua diusir keluar dari Sabah selepas ditahan oleh pegawai imigresen lapangan terbang Kota Kinabalu.

Dalam tulisannya di Twitter hari ini, Tian berkata beliau ditahan selepas mendarat sekitar jam 11.05 pagi di lapangan terbang itu.

"Saya diberitahu bahawa kerajaan Sabah mengeluarkan perintah menghalang kemasukan saya,” kata penyandang kerusi parlimen Batu itu.

Perkembangan itu berlaku selepas seorang ADUN Lahad Datu Nasrun Mansur menggesa agar Tian disenarai hitam daripada memasuki Sabah.

Nasrun, seorang menteri pembantu di jabatan ketua menteri berkata ia bagi menghalang Tian daripada menyebarkan “budaya yang tidak boleh diterima” di Sabah.

--http://www.malaysiakini.com/

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Pengganas Sulu dibawa berunding selama 23 hari, Tian Chua diusir keluar"

Leave a Reply

Advertisement