Keputusan Piala AFF: Tenaga ‘import’ selamat maruah Indonesia daripada diaibkan Laos
By Mr Cronix - Ahad, 25 November 2012
Hariankini.com - Indonesia sekadar mampu seri 2-2 dengan Laos dalam perlawanan pertama Kumpulan B kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2012, hari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Laos terlebih mengejutkan finalis musim 2010 itu dengan jaringan penalti berjaya disempurnakan Khampheng Sayavuthi selepas penjaga gol Indonesia, Endra Prasetya Suprapto dilayangkan kad merah apabila mengasari pemain Laos dalam kotak penalti sekaligus diperintah keluar padang oleh pengadil pada minit ke-26.
Tersentak dengan jaringan itu, Indonesia cuba bangkit dengan asakan ke arah pintu gol lawan dalam perlawanan yang mula kelihatan tegang dan masing-masing mempamerkan corak agresif.
Walaupun berkelebihan satu gol, Laos masih lagi gagal mengambil peluang menambah jaringan ketika pihak lawan bermain hanya 10 orang, namun sebaliknya berlaku apabila Laos pula menerima nasib sama terpaksa bermain 10 orang apabila pemainnya, Sopha Saysana dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain Indonesia, Andik Vermanshah.
Keadaan itu melegakan Indonesia dan pantas mencuri peluang menyamakan kedudukan tiga minit sebelum separuh masa pertama tamat menerusi tandukan pemain ‘importnya’, Raphael Guillerm Eduardo Maitimo.
Separuh masa kedua bermula, Laos mempamerkan aksi penuh bertenaga dalam usaha mengekang asakan Indonesia ketika masing-masing kelihatan mempamerkan corak permainan seimbang.
Usaha Laos tidak sia-sia apabila sekali lagi mengejutkan Indonesia dengan jaringan pemain gantian, Keoviengpheth Lithideth pada minit ke-80 untuk meletak Laos berada di depan 2-1.
Demi maruah, Indonesia semakin terdesak sekali lagi mahu mencari gol penyamaan, namun terpaksa menunggu di minit-minit terakhir perlawanan.
Indonesia bernasib baik buat kali kedua daripada diaibkan Laos apabila terpaksa sekali lagi menggunakan tenaga ‘importnya’, Vendry Ronaldo Mofu untuk menyamakan kedudukan menjadi 2-2 pada minit ke-89.
Kedudukan seri kekal hingga wisel penamat.
--Hariankini.com

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS
0 ulasan for "Keputusan Piala AFF: Tenaga ‘import’ selamat maruah Indonesia daripada diaibkan Laos"