[LIVE] Keputusan terkini AFF Suzuki Cup: Indonesia vs Laos
By Mr Cronix - Ahad, 25 November 2012
Hariankini.com – Separuh masa pertama tamat. Keputusan terkini, Indonesia bernasib baik daripada diaibkan Laos buat sementara waktu apabila berjaya menyamakan kedudukan 1-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan B kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2012, hari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Sebelum itu, Laos terlebih dahulu berada di hadapan dengan 1-0 apabila pemain Laos, Khampheng Sayavuthi berjaya menyempurnakan sepakan penalti selepas penjaga gol Indonesia, Endra Prasetya Suprapto mengasari pemain Laos dalam kotak penalti sekaligus dilayangkan kad merah di minit ke-26.
Tersentak dengan jaringan pendahuluan pihak lawan, Indonesia cuba bangkit daripada ketinggalan 1-0 dengan asakan ke arah pintu gol lawan dalam perlawanan yang mula kelihatan tegang dan masing-masing mempamerkan corak agresif.
Namun Laos masih lagi gagal mengambil manfaat pihak lawan yang bermain hanya 10 orang untuk menambah jaringan dan sebaliknya berlaku apabila Laos pula menerima nasib sama terpaksa bermain 10 orang apabila pemainnya, Sopha Saysana dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain Indonesia, Andik Vermanshah.
Ketika perlawanan tampak menyebelahi Laos, Indonesia kembali memperolehi peluang apabila berjaya menyamakan kedudukan di minit-minit terakhir di separuh masa pertama menerusi tandukan pemain ‘importnya’, Raphael Guillerm Eduardo Maitimo.
--Hariankini.com

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS
0 ulasan for "[LIVE] Keputusan terkini AFF Suzuki Cup: Indonesia vs Laos"