Advertisement

Latest News

Hosni Mubarak cedera selepas terjatuh di bilik air penjara

By Mr Cronix - Isnin, 17 Disember 2012

Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dada selepas didakwa terjatuh di bilik air di penjara beliau sedang menjalani hukuman.

Mubarak, 84, sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup di Penjara Tora, Kaherah selepas dikaitkan dengan operasi pembunuhan terhadap penunjuk perasaan pro-pembaharuan ketika revolusi rakyat awal tahun lalu.

Pada Jun lalu, beliau dilaporkan koma selama seminggu selepas disabitkan kesalahan.

Peguam Mubarak melaporkan bekas Presiden Mesir yang memerintah Mesir selama tiga dekad itu telah koma selepas jatuh di bilik air.

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Hosni Mubarak cedera selepas terjatuh di bilik air penjara"

Leave a Reply

Advertisement