Advertisement

Latest News

EPL Results: Vertonghen bantu Spurs atasi Swansea 1-0

By Mr Cronix - Isnin, 17 Disember 2012

Vertonghen (tengah) melepaskan sepakan dalam kotak penalti untuk jaringan gol kemenangan Spurs 1-0 ke atas Swansea.
Hariankini.com - Pemain Tottenham Hotspur, Jan Vertonghen melakar jaringan pertamanya dalam aksi Liga Perdana Inggeris bagi membantu pasukannya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Swansea City 1-0 di White Hart Lane, lewat malam tadi.

Spurs lebih banyak mencipta peluang di separuh masa pertama 45 minit, namun nasib tidak menyebelahi mereka.

Peluang pertama Spurs hadir melalui Jermain Defoe dengan menyaksikan tendangan leretnya berjaya disekat oleh Michu pada minit ke-15. Satu minit kemudian, peluang Emmanuel Adebayor pula digagalkan oleh halangan Chico Flores.

Jaringan Hotspur hadir di minit ke-76 menerusi sepakan Jan Vertonghen dalam kawasan penalti menewaskan penjaga gol Swansea, Tremmel.

Keputusan perlawanan lain

Tottenham Hotspur   [1]  -  [0]   Swansea City

West Bromwich Albion   [0]  -  [0]   West Ham United

--Hariankini.com

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "EPL Results: Vertonghen bantu Spurs atasi Swansea 1-0"

Leave a Reply

Advertisement