Kes Altantuya perlu disiasat semula - Karpal
By Mr Cronix - Isnin, 17 Disember 2012
Pendedahan ahli perniagaan Deepak Jaikishan tentang akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh P Balasubramaniam memerlukan kes pembunuhan Altantuya Shaariibu disiasat semula.
Pengerusi DAP, Karpal Singh, seorang peguam senior membuat cadangan itu ketika memberikan ucapan pembukaan di Kongres DAP baru-baru ini.
Karpal juga meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjawab segala pendedahan yang dibuat oleh Deepak itu.
Deepak dalam wawancara dengan media termasuk Harakahdaily mendedahkan beliau diarahkan oleh Najib untuk berbincang dengan P Balasubramaniam agar menarik balik pengakuan bersumpahnya yang mendakwa Najib terlibat dalam pembunuhan gadis Monggolia, Altantuya Shaariibu.
Deepak juga mendakwa, adik Najib, Nazim Razak telah bertemu dengan Bala dan bersetuju membayar wang jutaan ringgit bagi membolehkan Bala membuat perubahan kepada SDnya itu.
Turut serta dalam pertemuan itu adalah isterinya yang sedang sarat mengandung.
Hasilnya, Bala telah membuat SD 2 dan mengubah segala penyataan yang beliau buat dalam SDnya yang pertama.
--Harakahdaily.net

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS
0 ulasan for "Kes Altantuya perlu disiasat semula - Karpal"