Advertisement

Latest News

Lebuhraya Kuala Krai-Kota Bharu sudah diluluskan semenjak RMK-5, kini Najib berjanji lagi

By KopiO - Selasa, 22 Januari 2013

Semenjak Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) (1986-1990) lagi rakyat Kelantan diperbodohkan oleh Umno-BN apabila meluluskan projek lebuhraya Kuala Krai-Kota Bharu di Kelantan, namun sehingga kini belum kelihatan.

Projek berkenaan telah diluluskan pada RMK-5 kemudian sekali lagi ianya diluluskan pada RMK-9 (2006-2010) tetapi tiada satu jengkal pun lebuhraya dibina di kawasan itu.

Setiap kali datangnya pilihanraya, datanglah rombongan Perdana Menteri membawa 'gula-gula' untuk memperbodohkan rakyat Kelantan dengan pelbagai janji yang hingga kini belum ditunaikan.

Drama 'janji dicapati' terus berulang lagi apabila Datuk Seri Najib Razak kembali meneruskan tradisi turun temurun nenek moyang Umno-BN itu dengan membawa janji pembangunan dalam kunjungannya ke Kelantan kelmarin.

Najib tanpa rasa malu dan segan dengan janji yang belum ditunaikan pada masa lepas, kini terus mengulangi janji untuk membina lebuhraya yang sama dengan bersyarat, rakyat Kelantan pilih BN dalam pilihanraya akan datang. Kenapa perlu BN menang baru nak buat lebuhraya?

Najib turut mengumumkan enam lagi projek lain dalam kunjungan menabur 'rasuah' kepada rakyat Kelantan, kelmarin.

Projek rasuah pilihanraya lain yang diumum Najib termasuk pembinaan stadium baru, masjid terbesar, mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar, perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit dan projek berkaitan permasalahan air.

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Lebuhraya Kuala Krai-Kota Bharu sudah diluluskan semenjak RMK-5, kini Najib berjanji lagi"

Leave a Reply

Advertisement