Advertisement

Latest News

Piala Asia 2015: Malaysia menang 2-1 ke atas Yaman

By KopiO - Jumaat, 22 Mac 2013

Hariankini.com -- Skuad Harimau Malaya menang 2-1 ke atas Yaman dalam aksi Kumpulan D perlawanan kedua kelayakan Piala Asia 2015 malam ini di Stadium Shah Alam.

Pada awalnya skuad kendalian Datuk K. Rajagobal dilihat goyah selepas tewas 1-4 kepada Arab Saudi di stadium yang sama, namun ianya tidak menjadi batu penghalang buat pasukan kebangsaan itu apabila bebrjaya mengutip tiga mata dalam perlawanan penting malam ini.

Gawang Malaysia terlebih dahulu bolos apabila Aiman Saleh Abdullah Al-Hagri meletak Yaman di depan dengan 1-0 pada minit ke 13. Tersentak dengan gol pendahuluan Yaman, Malaysia melalui Azammuddin bin Mohd Akil menyamakan kedudukan pada minit ke 27, menjadikan 1-1 sehingga perlawanan di separuh masa pertama tamat.

Separuh masa kedua bermula, Malaysia menguasai perlawanan dengan beberapa cubaan. Mohd Khyril Muhymeen menjadi wira negara selepas menanduk gol kemenangan pada minit ke 80. Kedudukan 2-1 kekal sehingga wisel dibunyikan pengadil.

--Hariankini.com

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Piala Asia 2015: Malaysia menang 2-1 ke atas Yaman"

Leave a Reply

Advertisement