Advertisement

Latest News

Keputusan Liga Super: Lions XII rampas pendahulu liga, JDT menang tipis

By KopiO - Ahad, 31 Mac 2013

LIONS XII merampas kedudukan pendahulu Liga Super selepas mengalahkan Negeri Sembilan 1-0 di Stadium Jalan Besar, semalam.

Kemenangan itu membolehkan Lions XII mendahului kedudukan carta liga dengan mengumpul 20 mata - kelebihan satu mata berbanding Selangor.

Dalam perlawanan itu, Shahril Ishak menjadi wira buat Lions XII apabila menjaringkan gol tunggal bagi memastikan tiga mata menjadi milik mereka.

Di Stadium Larkin, Johor Darul Takzim (JDT) turut berjaya meraih tiga mata selepas menundukkan Terengganu 3-2.

Kemenangan itu juga membuatkan pasukan bimbingan Fandi Ahmad naik dua anak tangga untuk menduduki tangga ketiga liga dengan 19 mata hasil 11 perlawanan setakat ini.

Gol JDT disumbangkan oleh Daniel Guiza pada minit ke-37, 45, dan Azwan Roya pada minit ke-49.

Gol Terengganu pula dijaringkan oleh Effa Owana pada minit ke-10 dan 55.

Sementara itu, Perak mencatat kemenangan 1-0 kepada PKNS di Stadium Shah Alam.


Berikut keputusan Liga Super:

T-Team 1-3 Pahang

Lions XII 1-0 Negeri Sembilan

Johor Darul Takzim (JDT) 3-2 Terengganu

PKNS 0-1 Perak


--sinarharian.com.my

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Keputusan Liga Super: Lions XII rampas pendahulu liga, JDT menang tipis"

Leave a Reply

Advertisement