Advertisement

Latest News

Ahmad Maslan akur kekuatan Pakatan Rakyat tawan Johor

By KopiO - Isnin, 1 April 2013

Hariankini.com -- Kesungguhan Datuk Ahmad Maslan menyekat kemaraan Pakatan Rakyat (PR) Johor dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 menjadi bukti Ketua Penerangan Umno begitu tertekan dengan momentum PR yang semakin mendapat tempat di hati rakyat negeri kelahiran Umno itu.

Ahmad Maslan
Menurut Ahmad Maslan, Barisan Nasional (BN) menjanjikan tentangan hebat kepada PR yang ingin menawan Johor pada PRU nanti.

"Sebagai Ketua Penerangan Umno, saya tidak akan biarkannya dan akan menentang cubaan mereka habis-habisan. "Kita akan mempertahankan Johor dengan kesungguhan yang amat tinggi," kata Ahmad Maslan seperti dipetik dari Bernama ketika diminta mengulas rancangan PR menawan Johor di program Himpunan Barisan 1Malaysia di ibu negara semalam.

Jika kekuatan PR Johor dipandang sebelah mata, sudah tentu Ahmad Maslan tidak menunjukkan kesungguhannya untuk mempertahankan kubu Umno itu. Ini memberi gambaran jelas, pemimpin Umno dalam kebimbangan kubu kuat mereka akan ditawan PR selepas melihat gelombang kebangkitan rakyat di setiap majlis anjuran PR mendapat sambutan memberangsangkan dan di luar jangkaan.

Kesungguhan PR mahu menawan Johor diperlihat apabila pemimpin besar PR seperti YB Salahuddin Ayub, Lim Kit Siang sanggup 'pulang' ke Johor sebagai pembakar semangat PR menawan negeri yang menjadi tempat kelahiran Umno itu.

--Hariankini.com

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Ahmad Maslan akur kekuatan Pakatan Rakyat tawan Johor"

Leave a Reply

Advertisement