Advertisement

Latest News

[Gambar] SAH! Parlimen dibubar hari ini 3 April 2013

By KopiO - Rabu, 3 April 2013

Najib ketika mengumumkan pembubaran parlimen hari ini.
Hariankini.com -- Tarikh keramat yang menyusahkan ramai rakyat Malaysia yang mempunyai banyak urusan dalam dan luar negara yang penting telah pun diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi jam 11.35 pagi yang disiarkan secara langsung di televisyen.

Sebentar tadi, Najib telah mengumumkan pembubaran parlimen yang berkuatkuasa hari ini 3 April 2013 selepas memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara pagi tadi.

Najib mohon perkenan Agong untuk bubar parlimen.
Berikutan itu, Najib turut meminta para Menteri Besar dan Ketua Menteri mohon perkenan daripada Sultan serta Yang Dipertuan Negeri masing-masing bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri untuk memberi laluan Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 secara serentak.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kini perlu menetapkan tarikh hari pembuangan undi bakal dilakukan dalam tempoh 60 hari dari tarikh parlimen dibubarkan.

Najib beredar dari perkarangan Istana Negara.
Sebelum itu, Najib kelihatan mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi tadi sebelum dilaporkan bergerak keluar dari perkarangan Istana Negara jam 9.10 pagi.

Pejabat Perdana Menteri turut menyatakan dalam laman Tweeternya bahawa Najib akan mengumumkan pembubaran itu pada jam 11.30 pagi ini di televisyen.

--Hariankini.com

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "[Gambar] SAH! Parlimen dibubar hari ini 3 April 2013"

Leave a Reply

Advertisement