Advertisement

Latest News

Apple lancar telefon pintar baru iPhone 5 dan mini iPad

By KopiO - Rabu, 1 Ogos 2012


Mungkin ini rupa sebenar mmodel iPhone 5. Bersama kita tunggu!
myKINI -- Apple Inc dilaporkan bakal mengumumkan produk baru mereka, iPhone 5 pada 12 September ini pada acara Apple Inc menjelang September dan ia akan dilancarkan pada 21 September, lapor blog syarikat, iMore dan agensi berita antarabangsa.

Selain dari iPhone 5, Apple turut akan membuat pengumuman tambahan iaitu mini iPad di majlis yang sama tapi belum diketahui bila ianya akan dilancarkan kepada pengguna.

Menurut The Wall Street Journal (TWSJ) pada awal Julai lepas, Apple dikatakan akan mengeluarkan iPad yang lebih kecil, namun ia tidak disah atau dinafikan oleh syarikat pengeluar teknologi telefon pintar terkemuka dunia itu.


Penyambung 'dock' lama yang mempunyai 30 pin.
Dilaporkan juga iPhone 5 mempunyai penyambung ‘dock’ yang lebih kecil berbanding sebelum ini. Mengikut pencarian penulis mykini.blogspot.com (mykini), penyambung ‘dock’ iPhone 5 dibina lebih kecil iaitu 19 pin berbanding sebelum ini 30 pin.

Menurut laporan, penyambung ‘dock’ yang lebih kecil direka bagi membolehkan skrin dibina lebih besar dan badan peranti pintar itu juga dilaporkan akan dibina lebih tipis berbanding sebelum ini.

Menurut peminat dan pemerhati peranti Apple itu, syarikat memasarkan produk terbarunya itu selepas 10 hari ianya dilancarkan kerana mengambil kira peluang jualan lebih maksimum pada musim beli-belah akhir tahun.

--myKini.blogspot.com

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Apple lancar telefon pintar baru iPhone 5 dan mini iPad"

Leave a Reply

Advertisement