Advertisement

Latest News

Piala AFF: Malaysia dibelasah Singapura 3-0

By Mr Cronix - Ahad, 25 November 2012

Hariankini.com - Inilah pasukan impian pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagopal yang didakwa bakal mempamerkan permainan bagus apabila begitu mudah diratah Singapura dalam perlawanan pertama kumpulan B dalam aksi Piala Suzuki AFF 2012, malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pasukan kebangsaan teruk dibelasah oleh lawan ketika pasukan-pasukan lain hanya berkeputusan seri dan kalah tipis dalam perlawanan masing-masing.

[KEPUTUSAN PENUH]

Malaysia [0] - [3] Singapura

*Gol pertama - Shahril Ishak (SIN) - 31'
*Gol kedua - Shahril Ishak (SIN) - 38'
*Gol ketiga - Alexander Duric (SIN) -

Inilah jawapan buat peminat bola sepak yang mahu melihat K Rajagopal bereksperimen dan masih mempertahankan dakwaan konon ranking pasukan kebangsaan tidak penting dan bukan menunjukkan prestasi sebenar.

Seolah-olah harapan peminat bola sepak tanahair dipermainkan dengan kata-kata. Buat apa mengajak penyokong menjadi ‘pemain ke-12’ jika pengendali menampilkan pasukan yang tiada kualiti?

Tidak pelik jika ada penyokong berlaku sinis dengan kata-kata, “Sabar Sabar, Saya Kenal.Pemain Saya.

“Ayoyo, ini skrip sudah cantik ooooo....Hero mesti kalah dulu, next game pemain-pemain saya mesti bangkit punya. Kamu semua jangan risau lah,” dipetik dari FunPage Facebook Harimau Malaya.

Walaupun turun dengan status juara bertahan dan beban misi mempertahankan kejuaraan terpikul di bahu para pemain namun kini kelihatan bakal pasukan belasahan dalam kejohanan kali ini.

--Hariankini.com

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Piala AFF: Malaysia dibelasah Singapura 3-0"

Leave a Reply

Advertisement