Advertisement

Latest News

Penunjuk perasaan tolak dialog bersama Presiden Mesir

By Mr Cronix - Sabtu, 8 Disember 2012

KAHERAH: Penunjuk perasaan menolak pelawaan Presiden Mesir, Mohammed Morsi yang mahu mengadakan pertemuan dengan pembangkang esok bagi meredakan krisis politik baru yang melanda negara itu.

Kumpulan aktivis itu menolak keras cadangan Mohammed sementara demonstrasi terus kekal panas hingga hari ini.

Kumpulan aktivis itu berkata dalam laman Facebook mereka yang protes hari ini akan menyampaikan kad merah khusus buat Mohammed.

Mohammed menawarkan pelawaan itu di sebalik demonstrasi dan pertembungan antara penunjuk perasaan dan penyokong beliau, yang setakat ini telah membunuh lima orang selain mencederakan 644 orang.

Pembangkang menuntut Mohammed menangguhkan referendum dan draf perlembagaan baru, yang menjadi punca demonstrasi.

Dalam ucapannya semalam, Mursi berkata: "Saya menyeru diadakan dialog penuh, produktif dengan semua ketua-ketua parti pembangkang dan pengamal undang-undang mereka Sabtu ini."

Amerika Syarikat (AS) yang bimbang dengan kestabilan negara Arab itu yang mempunyai perjanjian damai dengan Israel turut menggesa agar diadakan sesi dialog dengan pihak pembangkang.

--Sinarharian.com.my

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Penunjuk perasaan tolak dialog bersama Presiden Mesir"

Leave a Reply

Advertisement