Advertisement

Latest News

Pegawai tinggi kerajaan sertai PAS

By Mr Cronix - Sabtu, 8 Disember 2012

Datuk Abdul Rahman Maidin (kanan) menyerah borang sertai PAS
PAS ganti Umno semakin diterima rakyat bukan sahaja di peringkat akar umbi, bahkan para profesional turut bersedia untuk menggantikan parti tua Umno dengan PAS sebagai wadah parti politik yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Mohd Sais Joned, kanan
Awal bulan ini (1 Dis), empat orang dari kumpulan profesional mengumumkan menyertai PAS di Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor yang disaksikan hampir 30,000 hadirin.

Mereka ialah Pengerusi konglomerat media negara, MRCB, Datuk Abdul Rahman Maidin. Beliau juga merupakan bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Bersama beliau mengumumkan penyertaan itu ialah tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan. Mereka ialah Pengarah Eksekutif Felda Plantation Haji Mohd Sais Joned, manakala dua lagi adalah masing-masing bekas Pengarah Pelajaran Johor Hj Ramlan Sariman dan Timbalan Pengarah institut Perguruan Batu Pahat Haji Nasir Abdullah.

Ramlan Sariman, kanan
Kesemua mereka menyerahkan borang meyertai PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Penyertaan mereka ini yang semuanya pegawai-pegawai tinggi kerajaan, dilihat satu lagi tamparan hebat kepada Umno yang baru sahaja selesai bersidang.

Tekanan juga pastinya dirasai Felda yang diterajui Tan Sri Isa Samad, yang kini sedang terpalit dengan pelbagai masalah khususnya isu penyenaraian Felda Global Venture Holding Bhd (FGVH).

Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman ketika mengulas kemasukan Mohd Sais ke dalam PAS berkata, ianya satu kekuatan baru kepada NGO itu untuk terus mendedahkan segala kepincangan yang sedang berlaku dalam Felda ketika ini.

Haji Nasir
"Penyertaan bekas pegawai kanan Felda ini akan lebih menguatkan perjuangan kita untuk terus membetulkan kepincangan dan salah urus Felda pada waktu ini," katanya.

Turut hadir dalam himpunan di Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, di sini malam ini termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw.

Selain mereka, turut hadir Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed dan pemimpin PKR, DAP di peringkat negeri.

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Pegawai tinggi kerajaan sertai PAS"

Leave a Reply

Advertisement