Kerana pengkhianatan Umno, Kelantan terpaksa bina stadium sendiri
By KopiO - Isnin, 1 April 2013
Tok Guru diberi penghormatan melakukan majlis pecah tanah dan perletakan batu asas Stadium Kelantan. |
Akibat penafian hak dan diskriminasi yang dilakukan kerajaan pusat dengan kerjasama Umno-BN negeri Kelantan yang menafikan royalti gas dan peruntukan kewangan negeri, kerajaan pilihan rakyat terpaksa mengambil inisiatif sendiri untuk melaksana pembangunan demi kesejahteraan rakyat.
Selepas kejayaan untuk membina Lebuhraya Rakyat antara Kota Bharu-Kuala Krai, kini kerajaan Kelantan di bawah PAS-PR berjaya melakukan perletakan batu asas pembinaan Kompleks Stadium Kelantan yang menelan belanja RM237 juta.
Kerana keenganan Pusat untuk membantu Kelantan menyediakan stadium yang lebih canggih membuatkan kerajaan negeri terpaksa berusaha sendiri demi merealisasikan hasrat dan cita-cita rakyat untuk terus maju dalam bidang sukan khususnya bola sepak.
Stadium yang bakal dilengkapi dengan peralatan yang serba canggih itu terletak di Bukit Merbau, kira-kira 33 kilometer dari Kota Bharu. Kompleks sukan itu didirikan di atas tanah seluar 50 ekar milik kerajaan negeri berbanding keluasan keseluruhannya 75 ekar.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diberi penghormatan untuk melakukan majlis pecah tanah dan perletakan batu asas.
Dipetik dari Harakahdaily, Tuan Guru ketika berucap memberitahu, kerajaan Pusat tidak pernah berhenti daripada mengkhianati Kelantan dalam segala hal termasuk soal pembangunan.
Jelasnya, kerana keenganan Pusat untuk membantu Kelantan menyediakan stadium yang lebih canggih membuatkan kerajaan negeri terpaksa berusaha sendiri.
“Hasil mahsul kerajaan negeri sendiri seperti royalti disekat oleh golongan ini semata-mata bertujuan untuk melihat Kelantan tidak mampu membantu rakyat,” ujarnya.
Turut berucap pada majlis yang penuh bersejarah itu, Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan Datuk Abdul Fatah Mahmod.
Husam ketika berucap pada majlis itu berkata, stadium tersebut bakal memuatkan 45,000 tempat duduk, ruang kemudahan untuk VIP dan VVIP, lapan ruang untuk solat.
Selain itu katanya, terdapat juga dewan, masjid yang boleh memuatkan 1,000 jemaah, kemudahan media, admin, keselamatan, dataran serbaguna dan berbagai lagi.
“Tempat parkir kereta sebanyak 4,000 buah dan bas 50 buah, tempat parkir untuk media, pasukan keselamtan dan VIP juga turut disediakan,” ujarnya.
Hadir sama, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Speaker Dun, Datuk Mohd Nasaruddin Daud, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah, Meja B Md Anizam, Wan Ubaidah Omar. Hampir 4,000 rakyat Kelantan hadir untuk meraikan majlis yang penuh bersejarah itu.
Terdahulu sebanyak 700 buah motosikal yang ditunggang anak muda mengiringi Tuan Guru masuk ke tempat perasmian. Hadir sama pada majlis tersebut 20 orang pemain bola sepak lagenda Kelantan dan pemain antara tahun 70-an dan 80-an.
Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS
0 ulasan for "Kerana pengkhianatan Umno, Kelantan terpaksa bina stadium sendiri"