Advertisement

Latest News

Harga saham FGV jatuh

By KopiO - Selasa, 22 Januari 2013

Saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) merekodkan harga paling rendah di paras RM4.36 semalam, jauh di bawah harga tawarannya, ketika kemelesetan Indeks Komposit Kuala Lumpur paling besar dalam tempoh 16 bulan.

Harga saham FGV jatuh ke paras bawah harga tawaran RM4.55 semalam dan terus turun ke paras RM4.52 pada tengahari dan seterusnya merosot ke paras RM4.36 sebelum ditutup pada harga RM4.42.

Ia merupakan trend penurunan kedua sejak 27 Disember semenjak penurunan pertama direkodkan di paras RM4.50 pada minggu pertama Disember.

Menurut Bloomberg, indeks KLCI merosot untuk hari keempat berturut-turut dengan penurunan sehingga 2.3 peratus – penurunan paling besar sejak 26 September 2011.

--Malaysiakini.com

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Harga saham FGV jatuh"

Leave a Reply

Advertisement