Advertisement

Latest News

Mahkamah putus penggantungan Annuar Musa adalah sah

By KopiO - Jumaat, 5 April 2013

Penggantungan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa sebagai Timbalan Presiden Bola Sepak Malaysia (FAM) dan daripada aktiviti bola selama 30 bulan, yang diputuskan tahun lalu, adalah sah.

Hakim Hadariah Syed Ismail memutuskan tindakan FAM adalah betul dan tidak cacat kerana persatuan itu mempunyai budi bicara untuk bertindak sedemikian.

"Mahkamah juga mendapati FAM telah mematuhi semua prosedur dalam statut dan kod disiplin yang digunakan persatuan itu adalah betul," katanya.

Hadariah membuat keputusan itu selepas mempertimbangkan permohonan Annuar yang mencabar keputusan FAM menggantungnya selama 30 bulan daripada aktiviti bola sepak. Beliau mahu ia diputuskan sebagai tidak sah.

Pada 5 Jun 2012, Annuar selaku plaintif memfailkan saman pemula di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan FAM sebagai defendan pertama dan Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad sebagai defendan kedua.

Dalam pernyataan tuntutannya, Annuar mendakwa hukuman yang dijatuhi terhadapnya tidak sejajar dengan pertuduhan asal dan draf pertuduhan terhadapnya mengandungi kecacatan serta FAM bertindak secara mala fide.

--sinarharian.com.my

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Mahkamah putus penggantungan Annuar Musa adalah sah"

Leave a Reply

Advertisement