Mahasiswa umum calon lawan Najib di Pekan
By KopiO - Jumaat, 5 April 2013
Bukhairy (tengah) wakil mahasiswa sebagai calon PRU-13 di parlimen Pekan. |
Pengumuman Bukhairy itu dibuat oleh Gerakan Mahasiswa (GM13) hari ini sebagai wakil mahasiswa dalam PRU nanti. Bukhairy merupakan pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar Nasional dan merupakan penuntut jurusan Sains Politik Islam di Universiti Malaya.
Pengumuman wakil calon mahasiswa itu dibuat selepas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin bahawa pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) bebas melibatkan diri dalam aktiviti parti-parti politik luar kampus termasuk menjadi calon PRU dan bersesuaian dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.
--Hariankini.com
Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS
0 ulasan for "Mahasiswa umum calon lawan Najib di Pekan"