Advertisement

Latest News

Pyongyang ancam serang Amerika dengan senjata nuklear

By KopiO - Jumaat, 5 April 2013

Pyongyang berikrar akan 'menghancurkan' Amerika dengan senjata nuklear
Hariankini.com -- Korea Utara telah mengarahkan angkatan tenteranya bersiap sedia bagi melancarkan serangan ke atas Amerika Syarikat termasuk kemungkinan menggunakan senjata nuklear.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas mendapati Amerika memindahkan pangkalan tentera ke Pulau Guam, Lautan Pasifik dan meningkatkan sistem pertahanannya di pulau berkenaan akibat ancaman Korea Utara dilaporkan semakin serius.

Menurut pejabat pertahanan Korea Utara, jika Amerika menyerang negara mereka, Korea Utara akan membalas dengan serangan berskala yang lebih kecil namun dengan menggunakan senjata nuklear.

“Kami sudah memberitahu Rumah Putih dan Kementerian Pertahanan, kekerasan dan ancaman nuklear Amerika akan kami balas dengan serangan termasuk dengan menggunakan senjata nuklear,” kata jurucakap tentera Korea Utara.

Amaran itu dibuat selepas Pyongyang marah dengan tindakan tentera udara Amerika melakukan penerbangan beberapa pesawat pengebom dari Guam dan Amerika di Semenanjung Korea.

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Pyongyang ancam serang Amerika dengan senjata nuklear"

Leave a Reply

Advertisement