Advertisement

Latest News

Cybertrooper Umno iklan laman serang PR di Google Adsense

By KopiO - Jumaat, 5 April 2013

Antara iklan yang dibayar untuk mempengaruhi pelayar internet.
Hariankini.com – Menjelang Pilihan raya Umum (PRU) ke-13, tidak cukup membolot semua stesen televisyen untuk berkempen tanpa mengira etika, Umno-BN dilihat turut membuat ‘pelaburan besar’ mengupah cybertrooper untuk menjaja berita fitnah dan tidak beramanah di internet.

Sejak sebelum parlimen dibubar oleh Datuk Seri Najib Razak pada 3 April lalu, penulis Hariankini.com mendapati banyak iklan di Google Adsense dan laman sosial Facebook memaparkan laman-laman yang dikendali cybertrooper upahan Umno-BN untuk menabur fitnah terhadap Pakatan Rakyat (PR).

Kebimbangan dengan kebangkitan rakyat Malaysia terus menerus memberi sokongan terhadap PR menyebabkan Umno-BN tidak tentu arah walaupun semua saluran media sudah pun dikuasai mereka dengan penyiaran berita berat sebelah dan fitnah, namun tidak cukup dengan itu, mereka turut ‘melabur’ wang yang banyak untuk kempen PRU kali ini. Tidak mustahil jutaan ringgit terpaksa dikeluarkan demi mempertahankan kuasa mereka.

Bukan sahaja pelaburan untuk cybertrooper upahan, malahan para pemimpin Umno-Bn turut mengiklankan diri mereka di iklan laman sosial dan juga Google.

Sudah tentu setiap iklan di Google Adsense memerlukan bayaran yang mahal untuk disiarkan. Namun apa pun, rakyat perlu berhati-hati dengan sogokan dakyah berita berat sebelah dan berbaur fitnah yang dilakukan Umno-BN dengan membuat saringan dengan adil dan saksama.

Dalam perkembangan lain, penulis Hariankini.com turut menemui iklan di Google Adsense tentang satu laman yang mendakwa mereka adalah pusat mengumpul cybertrooper bagi PR. Apabila penulis melayari laman yang dinyatakan, penulis mendapati laman berkenaan amat meragukan dan tidak mempunyai latar belakang yang sahih dan boleh dipercayai. Kelihatan laman berkenaan seperti ‘pangkalan data’ konon mempunyai senarai penyokong dan cybertrooper PR. Namun penulis tidak mengetahui apakah tujuan pengendali laman berkenaan dan apakah relevan ianya diiklankan di Google Adsense.

Namun apa yang dibimbangi ada pihak tertentu cuba melakukan sesuatu di luar dugaan bagi memburukkan PR.

p/s: Mungkin ada rakan-rakan yang ada maklumat tepat boleh memberi pencerahan.

--Hariankini.com

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Cybertrooper Umno iklan laman serang PR di Google Adsense"

Leave a Reply

Advertisement