Advertisement

Latest News


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada empat pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim sebulat suara menerima rayuannya, sekali gus mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi pada November 2023.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin menyatakan bahawa pertuduhan terhadap Syed Saddiq tidak berasas dan pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. Menurutnya, tindakan mengarahkan pengeluaran wang tidak boleh disamakan dengan perbuatan jenayah.

"Tindakan menyuruh, mengarahkan, atau memerintahkan seseorang untuk mengeluarkan wang tidak boleh dianggap sebagai pelupusan wang. 

"Perbuatan mengeluarkan wang itu sendiri tidak memenuhi elemen actus reus (perlakuan fizikal jenayah)," katanya.

Mahkamah juga berpendapat Mahkamah Tinggi tersalah arah dalam keputusan sebelum ini, menjadikan sabitan tersebut tidak selamat.



Skuad Harimau Malaya dijangka menyertai Piala Negara-Negara CAFA 2025 sebagai pasukan jemputan, sebagai persiapan menghadapi Piala Asia 2027 di Arab Saudi.

Kejohanan yang berlangsung dari 26 Ogos hingga 9 September ini dijangka menyaksikan Malaysia menentang pasukan kuat seperti Iran (ranking ke-18 dunia), serta pasukan lain seperti Uzbekistan, Oman, Kyrgyzstan dan Tajikistan.

Malaysia menggantikan Russia yang menarik diri daripada kejohanan ini.

Penyertaan ini hadir selepas skuad negara mencatat kemenangan ke atas Nepal dan Vietnam dalam aksi kelayakan Piala Asia, serta seri menentang Cape Verde dalam aksi persahabatan Tier 1.

CAFA 2025 bakal jadi medan penting untuk Harimau Malaya menguji kekuatan sebelum cabaran sebenar di pentas Asia.

Harimau Malaya kini betul-betul berbisa!

Dalam aksi Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027, Malaysia menewaskan Vietnam dengan kemenangan besar 4-0 — satu amaran jelas bahawa era baharu bola sepak negara sudah bermula! 

FAM mengumumkan bahawa FIFA telah meluluskan 5 pemain warisan baharu menyertai skuad Harimau Malaya: 
🇪🇸 Facundo Garces (Deportivo Alaves, Sepanyol) 
🇦🇷 Imanol Machuca (Velez Sarsfield, Argentina) 
🇦🇿 Jon Irazabal (Sabah FK, Azerbaijan) 
🇹🇷 Figueiredo (Basaksehir FK, Turki) 
🇨🇴 Holgado (America de Cali, Colombia) 

Mereka menyertai dua lagi pemain warisan yang didaftarkan lebih awal: 
🇳🇱 Hector Hevel 
🇪🇸 Gabriel Palmero 

 Semua ini adalah hasil usaha besar TMJ, yang terus mencari bakat warisan Malaysia di serata dunia untuk memperkuatkan pasukan kebangsaan. 

🇲🇾 Kemenangan ini bukan sekadar tiga mata — ia simbol kebangkitan! 
Harimau Malaya kini lebih garang dari biasa. 

Asia, bersedialah!
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan presiden parti itu bagi menentang isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR, Datuk Johari Abdul berkata, penarikan itu sekali gus memberikan laluan mudah kepada Wan Azizah untuk menang tanpa bertanding.

Menurut Johari, pihaknya menerima surat penarikan diri minggu lalu daripada Anwar.

"Beliau (Anwar) bagi surat minggu lalu, saya hanya umumkan sekarang.

"Ketika sidang media terakhir dulu, beliau sudah bagi isyarat untuk tarik diri, tetapi banyak perkara berlaku seperti kematian Karpal Singh dan kes mahkamah lain," kata pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Azizah mengekalkan jawatan yang disandangkan sejak penubuhan parti pada 1999.

Sinarharian
Himpunan bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetap akan diteruskan di Dataran Merdeka walaupun pihak polis telah memaklumkan dataran berkenaan sedang dalam proses pengubahsuaian.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, himpunan yang akan diadakan pada 1 Mei itu tetap diteruskan di dataran berkenaan namun ianya tidak akan mengganggu tempat pengubahsuaian.

“Bahagian ubah suai biar diubah suai, di bahagian tak diubah suai, bahagian kosong,” beritahu Mohamad kepada media.

Projek menaik taraf Dataran Merdeka itu telah disahkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Menurut Datuk Bandar, dataran berkenaan ditutup sehingga projek ubah suai yang bernilai RM3.8 juta itu siap menjelang Jun depan.

Himpunan bantah GST merupakan perhimpunan bersama beberapa NGO dan mendapat sokongan Pakatan Rakyat (PR) itu bagi membantah pelaksanaan cukai GST yang diperkenalkan kerajaan yang didakwa terpaksa mengutip cukai bagi mencari dana akibat kekurangan pendapatan negara akibat berlakunya ketirisan, penyelewengan dan rasuah sehingga menyebabkan rakyat menanggung beban.
Menteri Luar Singapura K. Shanmugam berkata berdasarkan Perjanjian Air, selepas Malaysia memutuskan untuk tidak mengkaji semula harga air pada 1987, maka ia tidak lagi berhak untuk berbuat demikian selepas itu.

“Pendirian Singa¬pura ialah Malaysia sudah kehilangan haknya untuk menyemak harga air. Perjanjian Air memperuntuk kajian semula selepas 25 tahun. Secara khusus, terdapat hak untuk melakukan semakan harga air bersama pada 1987.

“Bagaimanapun, Malaysia secara sedar memilih untuk tidak melakukan semakan semula harga air dan mempunyai alasan yang baik tidak berbuat demikian,” katanya ketika menjawab satu soalan di dewan Parlimen Singapura.

Ellen Lee dari Kawasan Perwakilan Berkumpulan (GRC) Sembawang menyoal menteri berkenaan sama ada Malaysia berhak mengkaji semula harga air mentah yang dijual kepada Singapura berdasarkan perjanjian air dua hala pada bila-bila masa sebelum tarikh luputnya pada 2061.

Shanmugam berkata Singapura sudah menyatakan pendiriannya berhubung isu ini dan turut memaklumkannya secara rasmi kepada kerajaan Malaysia beberapa kali.

Beliau berkata Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman pada 17 Feb 2014 berkata: “perjanjian adalah perjanjian dan kita akan menghormatinya.

“Jika ada keperluan untuk semakan, kami akan memaklumkannya dan jika maklum balas mereka adalah positif, kita akan memulakan rundingan.”

Shanmugam berkata jika Malaysia menggunakan haknya untuk menyemak harga air pada 1987, Singa¬pura mungkin akan membuat keputusan pelaburan yang berbeza bagi membangunkan Sungai Johor, contohnya projek Empangan Linggiu pada 1990.

Sebaliknya, beliau berkata Malaysia memilih untuk tidak menyemak harga air pada 1987, dan atas dasar itu, Singa¬pura mengambil beberapa tindakan yang turut memanfaatkan Malaysia.

Ini termasuk pembinaan Empangan Linggiu pada kos lebih S$300 juta, yang mempertingkat kuantiti air di Sungai Johor serta membolehkan Johor dan Singapura mendapat bekalan air ketika musim kemarau
Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan penerbangan MH370 telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang pada pukul 2.40 pagi, Sabtu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAS, Penerbangan MH370, pesawat B777 -200 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi 8 Mac 2014.

MH370 dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Penerbangan itu membawa seramai 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal.

Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat untuk mencari pesawat.
Advertisement