Advertisement

Latest News

[Video] Malaysia belasah Hong Kong 3-0

By KopiO - Rabu, 17 Oktober 2012

Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Hong Kong pada perlawanan persahabatan di Stadium Mongkok, Hong Kong, semalam.

Tonton video di bawah

Beberapa peluang tercipta oleh anak buah Datuk K. Rajagopak namun disia-siakan begitu sahaja. Antaranya menerusi cubaan S.Kunanlan yang tersasar terkena tiang dan cubaan Baddrol Bakhtiar berjaya ditepis keluar penjaga gol Hong Kong.

Safee Sali berjaya meletak skuad kebangsaan di hadapan di separuh masa kedua di minit ke 59 melalui hantaran Kunanlan yang berjaya disudahkan dengan sepakan kencang selepas memperdaya pertahanan tuan rumah.

Pakar sepakan percuma negara, Safiq Rahim menambah jaringan menerusi sepakan percuma cantik di luar kotak penalti pasukan tuan rumah pada minit ke 81.

Gol ketiga negara muncul di minit kecederaan sebelum wisel penamat dibunyikan menerusi jaringan Ahmad Fakri Saarani sekaligus meletak skuad Harimau Malaya selesa di hadapan 3-0.

Sedutan video perlawanan

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "[Video] Malaysia belasah Hong Kong 3-0"

Leave a Reply

Advertisement