Advertisement

Latest News

[Video] Piala FA: Selangor, Terengganu selesa buru slot ke separuh akhir

By KopiO - Ahad, 7 April 2013

Pemain Negeri Sembilan William Modibo (kanan) cuba mengasak pemain Terengganu, Effa Owona dalam aksi suku akhir pertama Piala FA 2013. -foto Sinarharian.com.my
Hariankini.com -- Kelantan, Terengganu dan Selangor menang terhadap lawan masing dalam aksi pertama suku akhir Piala FA semalam. Selangor dan Terengganu berjaya membawa pulang bekalan selesa sebelum menerima kunjungan lawan yang sama dalam perlawanan kedua. Bagaimanapun Kelantan walaupun menjadi pasukan pilihan untuk ke separuh akhir, namun berdepan kesukaran apabila terpaksa bertandang ke Sarawak dengan hanya kelebihan satu gol.

[Tonton video Negeri Sembilan vs Terengganu di bawah artikel]

Dalam perlawanan di Stadium Larkin, Selangor sekali lagi memberi aib kepada Johor Darul Takzim (JDT) apabila berjaya menewas pasukan yang dibarisi pemain elit itu buat kali kedua di gelanggang yang sama. JDT gagal mengambil peluang bermain di gelanggang sendiri terpaksa akur dengan kekalahan 1-2 kepada pasukan Selangor.

Bintang baru bola sepak negara, Mahali Jasuli berjaya meletak Selangor di depan pada awal minit ke-15 sebelum pemain berpengalaman, Amri Yahya menambah derita pasukan bergelar Harimau Selatan itu dengan gol kedua pada minit ke-68. Manakala JDT memperolehi gol tunggal melalui sepakan penalti Safee Sali di penghujung perlawanan pada minit ke-82.

Berlainan pula dengan Kelantan yang bermain di Stadium Sultan Muhammad IV, walaupun menang 2-1, tetapi berdepan tugas getir untuk layak ke separuh akhir kerana terpaksa bekerja keras di gelanggang lawan dengan bekalan tipis satu gol dan dibolosi satu gol.

Kelantan yang turun sebagai pasukan pilihan nyata tidak perlu menunggu lama untuk menjaringkan gol apabila Faiz Subri melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Sarawak pada minit ke-7. Gol kedua tuan rumah dijaringkan oleh Khairul Izuan pada minit ke-20 sebelum Sarawak merapatkan jurang 2-1 melalui jaringan Joseph Kalang Tie pada minit ke-48.

Di Stadium Paroi pula, Terengganu bangkit daripada ketinggalan 0-1 apabila mencatat kemenangan besar menewaskan tuan rumah Negeri Sembilan 3-1. Perlawanan di separuh masa pertama, kedua-dua pasukan tampak berkesudahan seri 0-0 namun Mohd Nazrin Mohd Nawi mengejutkan pasukan pelawat dengan meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-75.

Ketinggalan 0-1 tidak mematahkan semangat skuad Penyu apabila bertali arus melakukan serangan ke kubu tuan rumah. Selang tiga minit, Emmanuel Effa Owona nyata tidak mengecewakan penyokong pelawat apabila menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-78.

Ketika masing-masing melakukan serangan, Abdul Manaf Mamat meletakkan pasukan kendalian E Elavarasan di depan 2-1 pada minit ke-90. Sebelum perlawanan tamat, Ahmad Nordin Alias terus meletakkan Terengganu selesa di depan 3-1 di minit kecederaan.

Tidak lagi menoleh ke belakang, Terengganu terus menggandakan rentak serangan apabila tuan rumah memberi kejutan kepada pasukan pelawat Meskipun ketinggalan satu gol menerusi jaringan , ia nyata tidak menghalang Skuad Penyu untuk mempamerkan persembahan cemerlang apabila penyerang import, Emmanuel Effa Owona menyamakan kedudukan pada minit ke-77.

Sementara Pahang yang bermula garang di awal musim Liga Super 2013 gagal membawa bekalan selesa untuk bertandang ke tempat lawan apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Sime Darby di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Perlawanan kedua aksi suku akhir akan berlangsung pada 16 April ini.



--Hariankini.com

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "[Video] Piala FA: Selangor, Terengganu selesa buru slot ke separuh akhir"

Leave a Reply

Advertisement