Advertisement

Latest News

Keputusan penuh Piala Malaysia 28 Ogos

By KopiO - Rabu, 29 Ogos 2012


Aksi pertemuan antara Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia di Selayang. - Foto Sinar Harian oleh Safwan Mansor
myKINI -- Saingan kancah Piala Malaysia musim 2012 awal malam tadi menyaksikan beberapa pasukan pilihan berada dalam keadaan tidak menentu.

Juara Liga Super 2012, Kelantan dilihat belum lagi menemui rentak selepas sekadar seri dengan juara Liga Perdana, ATM 1-1 di Stadium MPS, Selayang.

Manakala juara Piala Malaysia musim lalu juga turut seri 0-0 dengan Perak di Stadium Tunku Abd Rahman, Paroi.

Finalis Piala Malaysia 2011, Terengganu pula terpaksa akur dengan badi kekalahan 1-2 kepada Kedah di Stadium Darul Aman.

Selangor yang berjuang untuk mengukir kemenangan bernasib baik selepas diberi hadiah sepakan penalty untuk kemenangan tipis ke atas pasukan kelab dari Pantai Timur, T-Team 1-0 bagi menghidupkan peluang ke peringkat seterusnya.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan semalam:

KUMPULAN A

Johor FA [0] - [0] Lions XII

PKNS [1] - [1] Johor FC

KUMPULAN B

ATM [1]- [1] Kelantan

Kedah [2] – [1] Terengganu

KUMPULAN C

Negeri Sembilan [0] – [0] Perak

Felda [2] – [3] Sime Darby

KUMPULAN D

T-Team [0] – [1] Selangor

Pahang [6] – [0] Sarawak


--mykini.blogspot.com

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Keputusan penuh Piala Malaysia 28 Ogos"

Leave a Reply

Advertisement