Advertisement

Latest News

Kebangkitan luar biasa anak muda Larut

By KopiO - Rabu, 3 April 2013

Jika bercakap soal perubahan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), paling ketara di parlimen Larut adalah kebangkitan anak mudanya.

Banyak pihak menyifatkan sokongan yang ditunjukkan oleh anak-anak muda di sini terhadap Pakatan Rakyat sebagai luar biasa dan jauh beza berbanding dengan suasana pilihan raya 2008 lalu.

Sokongan itu boleh dilihat dengan kehadiran mereka ke setiap program anjuran Pakatan Rakyat, khususnya konvoi motosikal yang dibuat Dewan Pemuda PAS Larut yang diketuai Ketua Pemuda PAS Larut, Mohd Nazri Din dan timbalannya, Mohd Akmal Kamaruddin.

Mohd Akmal yang ditenui Harakahdaily memberitahu, dalam beberapa siri konvoi yang dibuat sebelum ini, kehadiran anak muda ini bukan ratusan, malah mencecah 5,000 orang.

"Bayangkan, tanpa ada sebarang medium penyebaran yang umum, kita hanya hantar beberapa SMS, tiba-tiba dalam satu jam ribuan yang turun.

"Awalnya orang tak percaya, tapi saya jemput wartawan datang, tengok sendiri mula dari kita hantar satu SMS dan sejam kemudian tengok mereka tunrun berkumpul," katanya.

Terbaru, siri konvoi anak muda Larut berlangsung awal bulan Mac lalu.

Lebih 3,000 orang anak muda menyertai konvoi itu yang menjelajah ke tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) di bawah Larut iaitu Selama, Kubu Gajah dan Batu Kurau.

Pada PRU13 ini, PAS kan bertanding di Dun Selama dan Kubu Gajah sementara Batu Kurau akan diwakili PKR.

Menurut Akmal lagi, fokus pemuda PAS Larut kini adalah menarik serai mungkin anak muda untuk bersama Pakatan Rakyat kerana yakin, mereka adalah tunjang perubahan politik pada PRU13 ini.

"Memang kita jaga anak-anak muda ini. Kita selalu buat perjumpaan, duduk bersama mereka di kedai-kedai kopi, fahami jiwa mereka dan pada masa yang sama kita sampaikan mesej perubahan kepada mereka.

"Alhamdulillah, setakat ini boleh dikatakan anak-anak muda di sini sebahagian besarnya menjadi sukarelawan untuk membantu kita pada pilihan raya ini," katanya.

Harakahdaily turut meninjau suasana pilihan raya di Dun Selama, yang agak jauh ke dalam kampung.

Ternyata apa yang dikhabarkan tentang kebangkitan anak muda, benar sekali.

Di sini, anak-anak muda dengan penunh bangga memakai baju 'rasmi' sukarelawan bertulis 'Sahabat PAS Dun Selama' sambil membuat kerja memasang bendera parti.

Mereka juga dilihat begitu bersemangat dengan masing-masing dilihat sudah mula berkampung di markas yang dibina sendiri sejak beberapa minggu lalu lagi.

Pada 2008, Dun Selama dimenangi calon BN Mohamad Daud Mohd Yusoff yang mengalahkan calon PAS Abu Husin Mohamad dengan majoriti hanya 355 undi.

Mohamad Daud memperolehi 5,240 undi berbanding Husin yang memperolehi 4,885 undi.

Mengikut daftar pemilih yang diwartakan bagi suku ke-3 2012, jumlah pengundi Dun Selama adalah seramai 15,291 orang.

Jika mengikut pecahan kaum pula, majoriti masyarakat di sini adalah Melayu (83.41%), Cina (10.31%), India (6.19%) dan lain-lain (0.17%).

--Harakahdaily.net

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Kebangkitan luar biasa anak muda Larut"

Leave a Reply

Advertisement