Advertisement

Latest News

Himpunan 1 Mei bantah GST tetap di Dataran Merdeka

By KopiO - Selasa, 22 April 2014

Himpunan bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetap akan diteruskan di Dataran Merdeka walaupun pihak polis telah memaklumkan dataran berkenaan sedang dalam proses pengubahsuaian.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, himpunan yang akan diadakan pada 1 Mei itu tetap diteruskan di dataran berkenaan namun ianya tidak akan mengganggu tempat pengubahsuaian.

“Bahagian ubah suai biar diubah suai, di bahagian tak diubah suai, bahagian kosong,” beritahu Mohamad kepada media.

Projek menaik taraf Dataran Merdeka itu telah disahkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Menurut Datuk Bandar, dataran berkenaan ditutup sehingga projek ubah suai yang bernilai RM3.8 juta itu siap menjelang Jun depan.

Himpunan bantah GST merupakan perhimpunan bersama beberapa NGO dan mendapat sokongan Pakatan Rakyat (PR) itu bagi membantah pelaksanaan cukai GST yang diperkenalkan kerajaan yang didakwa terpaksa mengutip cukai bagi mencari dana akibat kekurangan pendapatan negara akibat berlakunya ketirisan, penyelewengan dan rasuah sehingga menyebabkan rakyat menanggung beban.

Follow our blog on Twitter, become a fan on Facebook. Stay updated via RSS

0 ulasan for "Himpunan 1 Mei bantah GST tetap di Dataran Merdeka"

Leave a Reply

Advertisement